Friday, September 30, 2011

PENGENALAN

laman ini dibangunkan bagi memenuhi kehendak subjek CMT 3112 iaitu Sejarah Media Baru. ini bagi menyempurnakan subjek wajib bagi pelajar multimedia semester 5, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Subjek ini diajar oleh Encik Jasni bin Dolah. Subjek ini menitikberatkan tentang peranan yang dimainkan oleh sejarah media baru dalam membantu penghasilan karya seni digital dari segi estetika, strategi, trend dan aspirasi sosio-budayanya. latihan-latihan yang bakal diberi akan berpandukan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi dalam menghasilkan karya seni digital.  


1) SEJARAH MEDIA BARU

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebagian besar teknologi yang digambarkan sebagai “media baru” adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh boleh didapati Internet, website, komputer multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah televisyen, filem, majalah, buku, atau publikasi berbasis kertas.

Media baru adalah media yang berkembang pada era komunikasi interaktif. Secara karakteristik, media baru adalah media yang baru sama sekali sebagai bahagian dari lompatan sejarah umat manusia seperti yang pernah terjadi pada kelahiran mesin cetak. Akan tetapi seperti sebuah alat transformasi, kehadiran media baru tidak serta merta menghapus penggunaan media cetak, telekomunikasi maupun interpersonal. Seperti kehadiran pesawat yang tidak serta merta menghilangkan fungsi kereta api.

Menurut McQuail, media baru adalah tempat dimana saluran pesan komunikasi satelit meningkatkan penggunaan jaringan kabel dan komputer. Semakin ramai penggunaan dalam proses komunikasi yang semakin meningkat; semakin seringnya terjadi komunikasi interaktif (dua sisi); dan juga meningkatnya darjat fleksibiliti untuk menentukan bentuk dan kandungannya melalui digitalisasi dari pesanan.



Rujukan


2) PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER APPLE DALAM PENGHASILAN KARYA


PENGASAS APPLE COMPUTER 

Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas  pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).

Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh. Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.  Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.

Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.

SUMBANGAN TEKNOLOGI  APPLE COMPUTER 




MacIntosh pertama yang dikenal sebagai MacIntosh 128K

Komputer Macintosh – Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian computer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah computer meja, iMac, dan computer riba canggih MacBook.

iPod – Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.

iTunes Store – Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem, dan program televisyen untuk computer, telefon serta peranti keluaran Apple.

IPhone -  Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas  menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

App Store – Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150 000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.

iPad – Pada April 2010, Apple merevolusikan era computer peribadi menerusi computer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas – AFP.

Rujukan
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Steve Wozniak. Diperoleh pada Oktober 10, 2011. daripadahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Steve_Wozniak
http://id.wikipedia.org/wiki/Apple_Inc.